Rahsia Solat Awal Waktu – Tenaga & Warna Alam

30 Jan

Aku suka membaca. dan tadi aku jalan-jalan di website, aku jumpa ini. aku kira bolehlah di kongsi. mungkin orang sudah tahu lama, tapi macamana bagi yang belum tahu? mana tahu sesat-sesat kat blog aku ni, dapatlah input yang kejap lagi korang akan baca.

Kuasa Allah tu sangatlah besar dan setiap satu apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang disuruh dan dilarang mempunyai seribu satu nikmat dan hikmat sebearnya.

Tahu tak kita bahawa solat yang kita dirikan 5 kali sehari tu pun ada kaitan dengan tenaga dan warna??

Solat fardhu, 5 kali sehari. dari subuh hinggalah ke isyak. dan setiap solat itu dilakukan dalam waktu yang tertentu. dan juga setiap peralihan waktu solat itu sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan cerap melalui perubahan warna alam.

 

 

SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 

ZUHUR


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

 

 

ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

 

 

MAGHRIB


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

 

 

ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

 

 

Hebatkan kuasa Allah?? betapa solat itu mempunyai keistimewaan yang sangatlah besar. Terang-terang Allah dah tolong kita sebenarnya bagaimana nak serap tenaga alam ni dan Allah sangat tahu hamba-Nya memerlukan ini semua. Sebab tu Allah mewajibkan kita bersolat! Alhamdulillah, syukur kepada-Nya sebab kita dikurniakan syariat solat.

Aku paling suka yang ini – Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Subhanallah. Betapa luas dan nikmat setiap satu ciptaan Allah. Semoga kita rajin-rajin solat di awal waktu hendaknya! Amin.. :-)

 

 

Sumber: http://berita-harian-online.com/rahsia-solat-awal-waktu-tenaga-warna-alam/

One Response to “Rahsia Solat Awal Waktu – Tenaga & Warna Alam”

  1. ultraziznexus January 31, 2011 at 12:25 am #

    Wow beshnyer…betul3..nk kene ubah jd baik nih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.