Terdapat sebungkus nasi goreng pataya dimana ia telah dibeli oleh seorang budak perempuan yang sangatlah kelaparan. Nasi goreng pataya itu telah dibeli sekitar 4.45 petang di kafeteria kat parking kereta seorang diri.
Nasi goreng pataya itu pada mulanya hendak dimakan dan dinikmati oleh budak perempuan yang muka dah tak bermaya itu di kafe itu sendiri pada awalnya. Namun, sedang enak nasi goreng pataya itu hendak di letakkan ke dalam pinggan, tiba-tiba budak perempuan itu kata kepada makcik yang menggoreng nasi goreng pataya itu.
” Makcik, tak jadilah makan sini. bungkus ye”, katanya.
“Aik, dah tak jadi makan sini?”, tanya makcik penggoreng.
” Tak sempat…tetiba dapat call kena masuk meeting sekarang”, balasnya.
Lalu, nasi goreng pataya yang hangat2 berasap itu pun dimasukkan ke dalam bekas polistrin untuk di tapau. Lalu, mencicitlah budak perempuan itu dengan cepat dan lajunya pergi kekaunter untuk membayar harga nasi goreng pataya tersebut.
Nasi goreng pataya yang terletak molek dalam bekas polistrin itu menjadi terhuyung hayang apabila budak perempuan itu berlari keanak-anakan yang dalam keadaan sangat brutal walaupun memakai baju kurung moden.
“Ah! lantaklah…memang dah tak ayu pun. takde mase nak jage ayu2 ni. meeting dah lambat ni!”, getus budak perempuan itu.
Nasi goreng pataya di tangannya masih terhuyung hayang. Untung sekali nasi goreng pataya itu kerana berpeluang menaiki tangga dan lift untuk sampai ke lobi dan juga tingkat 22. Sesudah sampai di tingkat 22, nasi goreng pataya itu ditinggalkan sebagau perhiasan sahaja di atas meja budak perempuan itu.
Maka, dari hangat2 panas kuali, nasi goreng pataya itu berubah suhu sampai menjadi suhu bilik biasa. Lama tak lama bdak perempuan tu pergi meeting, sampai nasi jadi sejuk.
*dalam meeting*
“ish…dan2 pulak nak meeting. Tadi takde kate ape pun..time aku nak gi makan, ade je meeting. ish!”
“apelah nasib nasi goreng pataya aku tu…”
kedengaran perut mencicit2 bunyi minta diisi.
Nasi goreng pataya itu masih lagi disitu sampai la dekat pukul 7, barulah budak perempuan itu ambil dan terus blah dari tempat kerja. Niat hati nak makan nasi goreng pataya sebelum balik kerja, tapi masa tidak mengizinkan. Maka di bawa pula nasi goreng pataya itu menaiki tren dan seterusnya moto.
Nasi goreng pataya itu berpeluang untuk merasai titis2 hujan sewaktu diatas moto bersama budak perempuan itu.
~weyh, aku tetibe takde mood nak merepek cerita nasi goreng pataya ni. kesimpulannye, aku tak sempat makan satu ape pun time keje tadi. nak makan pun, kena panggil meeting.. dasat tak dasat keje aku? hebatkan?? *nangis*
kesimpulannye, nasi goreng yang sejuk telah selamat aku telan sejurus aku sampai ke rumah dalam keadaan basah kuyup dan menggigil. lantak. janji nasi goreng pataya aku tak membazir..

sedap uols nasi goreng pataya berperisa air hujan

hahaha.. amacam? seronok x? hahahaha… makan mende alahnya pukul 4.45pm
seronok sangat faiz!!! *mata ke atas, tgn kat dada*
huhu. tu lah, kadang2 breakfast bukan jadi brunch lagi, dah boleh jadi dinner. masuk cni bagus jugk, mendorong niat berpuasa. hahaha