15 Dis 09.
Hari ni hari kedua ada kat Tawau. Matlamat pada hari ni buat promosi kat Kolej Komuniti Tawau. Macam biaselah nak promot UTHM ni kat bebudak sane. So, mane2 pergi je kiteorang memang bawak flyers UTHM. Semangat tak?hehehe..Sebelum sampai ke kolej komuniti tu, kiteorang lalu bandar tawau dulu. Bandar die agak sebuk jugakla..sesak je dengan kereta2. Bile dah ada kat sabah ni kan, baru lah aku pasan yang tak banyak moto pun kat sini! Sepanjang aku ade kat Tawau, tak sampai 10 moto pun aku jumpe. Dalam 4 5 buah je jumpe.
Entah nak dijadikan cerita, masuk je bandar Tawau nak menuju ke Kolej Komuniti Tawau tu, buleh pulak 4WD media sesat. Terkeluar dari konvoi tu..huhu. Orang masuk roundabout pukul 3, die gi masuk kul 12. Memang sesat ler..huhu.Lepas tu kiteorang yang lain ni pun tunggulah sampai media datang. Dalam pukul 9.45 pagi tu sampai la kat kolej tu. Ingatkan ade sesi promot UTHM jat bebudak kolej tu rupe2nye tak. Just sesi ala2 biacara siswa ngan pegawai kat situ. Telinge bile dengar orang leter banyak, mata pun tak senang duduk la. Sekejap besar sekejap kecik je aku tengok pegawai tu. Ngantuk! Huhuhu…Pastu dah nak balik tu, dapat la plastik beg pri kolej tu punye. After sesi gambau-bergambau, kiteorang pun setat gerak ke rumah anak yatim Ar- Raudhoh.
Yang menareknye kat umah anak yatim ni, semua penghuni die berjantina lelaki. Hehehe…dun wori. Aku tak gatal pun pasal memang taraf adek2 je dyorang ni. Oh!lupe..sebelum sampai rumah anak yatim ni, kiteorang kene lalu satu kawasan perkuburan islam. Yang agak mengujakan aku is batu2 nisan yang ada kat situ. Memang lain bebenor dengan kat semenanjung. Kalau kat semenanjung, memang ade 2 batu nisan kan untuk tanda kepala & kaki. Tapi kat sane, hanya ada satu je kat kepala. kat kaki tiada. & warna kubur (simen) tu sangatlah bermacam warna.. Sekali tengok macam meriah je warna..& batu2 nisan mereka sangat berbeza.. Macam2 jenis, siap ada kerawang2 lagi. Aku malas nak ulas panjang pasal hal2 kubur ni tanak lah cakap dalam blog. Huhuhu…(**aku memang tak providekan gambar, sebab mmg tak snap pun. seram!**).
Masa kat rumah anak yatim tu, ade la sesi motivasi dibuat khas untuk anak2 yatim tu. Yang bagi motivasi tu op kos la papa asri!hehe…cara Dr. Asri sampaikan motivasi tu memang tiptop punye la. Sampai kiteorang semua ni pun dengar sekali. Termasuklah dengan Prof. Jai. Tengah hari tu makan sekali ngan dieorang semue n solat zuhur berjemaah. Macam biase, khidmat pemeriksaan kesihatan percuma pun dibuat. Selepas itu dan ini, kiteorang pun mahu balik lah semula ke hotel. Kire petang tu aktiviti bebas n dieorang kate nak pergi ke pasar gantung tawau. Maka kami pun turut serta la. N dats the 1st tempat yang ak sempat nak suping. Hoho!
Maka kami berenam ni pun dengan semangat nye pegi lah beli belah kunun2 dengan duit banyaknye. Haha. Macam beselah kalo datang sabah ni op kos nak kene beli pearl kan. Tapi ak bernaseb baik pasal takde pun adik bradik aku yang mengorder pearl2 tu. Lagi pun dieorang ni dah berlambak2 dah gelang itu ini. Huhu..n aku pun tak beli untuk diri sendiri pasal aku pun kureng minat. Belum sampai waktu lagi kot nak mikat eksesoris camtuh. Pastu aku belasah lah beli sebinier kecik2 untuk kengkawan kat semenanjung. Janji ade as tanda ingatan kan. Pastu aku pening kepala nak beli ape tuk mak aku. Last2 aku beli bende same yang abg arip beli. Perhiasan gantung2 kain tu lah. huhu..tak tahu ape nama spesifik die. Lepas tu ateh call aku, die cakap nak kueh cincin. Hallamak.. ni yang aku fenin memule, Mane nak dapat kat pasar gantung ni pasal kat sini semue barang2 perhiasan je. Aku pun tanya la dieorang ni. dieorang cakap nape tak beli kat Pasar Tamu hari tu. Manelah aku tau tetibe ateh nak kan…huhu. Last2 aku tanye orang2 kat situ, dieorang cakap buleh beli kat pasar tanjung. Adeih! Celah mane pulak pasar tanjung ni..huhu.
Maka untuk dapatkan jugak kueh cincin tu, aku tanya lagi orang tu kat mane. Die pun tunjuk la direction masuk jalan ni, pergi hujung jalan tu..memacam. Seb baik ade bodigad aku si muaz ni teman. Haha..maka berlari2 anak la kiteorang pergi ke pasar tanjung tu pasal masa dah suntuk n nak balik hotel. Coz malam tu ade dinner anjuran alumni UTHM lagi. Maka kami pun mencari cari dan mencari pasar tanjung tu…
Dah sampai pasar tanjung ni, aku pulak tak tahu nak beli kuih cincin ni pasal tak tahu camne ropenye.Huhu..pastu aku pun terus gi 1st kedai yang ada dalam pasar tu tanya ada tak kuih cincin. Orang tu kate ade. Rope2nye depan mate aku je. Heheh…
**Tarraa!!Ni le rupe kuih cincin**
Dah abeh puas suping tu, kiteorang pun balik la semule ke hotel nak siap2 untuk dinner malam tu pulak. Malam tu dinner sekali ngan anak2 yatim Ar-Raudhoh tu. Tapi memule sampai ballroom tu aku tak terus masuk. Incik don mintak tolong aku jaga kaunter alumni. Aku pun jage la..nyamar kunun2nye setap la kejap. Pastu ade kak herna sekali, borak2 la itu ini. Lagi 5 orang semue dah masuk dalam. Bile je majlis nak setat, aku pun masuk la. Tengok2 takde tempat tuk aku kat meja dieorang. Huhuhu…last2 aku duduk semeja ngan encik fuad ngan encik malek. Haha..memang jadi setap la aku malam tu. Makan malam tu memang mewah dasyat gile. Tak silap aku lebih kurang 16 menu chinese fud. Ya rabbi…macamane la berat aku tak naik sepanjang kat sabah tu. Huhuhu..Semue aku belasah makan. Tapi sesikit2 la..mane buleh makan banyak, nanti menu2 lain takleh telan pulak. Sampai la menu yang last skali, aku memang takleh makan dah pasal nasi. Huhuhu..style orang cine kan makan lauk je dulu baru makan nasi. Malam tu jugak adelah performance dari anak2 yatim tu.
Malam tu kire best jugaklah. Tapi sebenarnye kiteorang tak sabar2 nak tunggu hari esoknye pasal destinasi selanjutnya—-> Semporna! n dekat Semporna tu jugaklah bebudak De’ Bayu ade..huhu. Tak sabor2 nak jumpe dieorang. Nak jugak tahu ape kesah dieorang kan. So after je abeh dinner malam tu, balik terus tidor. Memang kami menikmati tidur sepuas2nye lah malam tu pasal hotel tu sangat2 best!
























Manusia Berkomen