Archive | March, 2009

Lilin Happy Birthday??

30 Mar

Isi kali ini ingin saya kongsikan pengalaman saya menghadiri satu program yang telah saya ikuti pada sabtu & ahad yang lepas. Better Yourself. Itulah nama program tersebut yang telah dijalankan di Penyabung Beach Resort, Mersing. 45 minit sahaja dari rumah saya yang terletak di Kuala Rompin. Tapi ini tiada kena mengena dengan kediaman saya. Ingi berkongsi cerita mengenai program sahaja.

Di sini, igin saya petik pengalaman saya dalam satu slot aktiviti yang diberi nama Stimulasi. Apa maknanya?Lebih kurang muhasabah diri la. Kami dibekalkan sebatang lilin kecil happy birthday. Kemudian kami diminta untuk menulis wasiat terakhir kami. Imaginasi hidup ibarat telur di hujung tanduk, berlegar dalam pemikiran kami. Dengan kesejukan aircond, ditambah dengan kudapan halwa telinga alunan lagu2 yang menyentuh emosi hati memperlihatkan kami di situasi sebak dan kesedihan.

Kami bergulap gulita kerana lampu di padam. Tetapi kipasnya tidak. Huhu..maka kami terpaksa menjaga lilin tersebut dari padam. Jika padam, ibaratnya usia kami terputus disitu. Berbekalkan cahaya lilin itu, kami menulis wasiat kami..kepada ibubapa, guru2, rakan2, dan kepada sesiapa sahaja yang kami ingin ucapkan. Saya terus menulis..menulis dan menulis dengan hati dan perasaan. Segala apa yang saya ingin ucapkan, diluah di atas permukaan kertas putih itu..Hati saya merintih, rasa takut juga bercampur. Jika betullah ini wasiat terakhir…arghh!!takut sekali pabila memikirkannya. Tangan ini laju menulis sehingga lilin saya terpadam sendiri. (sendiri?rasanya tidak. ada orang kipaskan!)

Setelah padam lilin saya, maka ibarat nyawa tiada lagi. Saya terus menyandar di kerusi..melihat sahaja sekeliling. Masih ada nyalaan lilin lagi di meja rakan2 yg lain. Untungnya mereka..masih ada kesempatan untuk menulis wasiat. 10 minit selepas itu, kesemuanya padam. Bermakna tiada nyawa yang tinggal..kesedihan menyelubungi ketika itu. Terdengarlah segala sedutan cecair dihidung2 rakan2..Menangis. Ditambah pula dengan kata-kata fasi yang menyedarkan kami akan harga sebuah kehidupan, harga sebuah jasa ibubapa & guru2 dan berbagai lagi..

Wasiat itu kami simpan sendiri..Tidak dikongsi kepada sesiapa. (Nama pun wasiat kan). Dalam hati saya berdoa, jika Allah mahu mengambil nyawa saya, biarlah saya diberikan kesempatan untuk membuat wasiat yang lebih panjang lebih dari apa yang saya dapat tulis pada malam itu. Dan berikanlah saya kesempatan untuk membalas jasa2 kepada orang yang banyak taburkan jasa mereka kepada saya, terutamaya ibubapa saya..

Selepas aktiviti itu berakhir, keadaan sekeliling terang semula. Lampu dibuka. Maka dapatlah melihat kemerahan di hidung rata2 peserta. Saya juga rasa hidung saya kemerahan, tetapi ingin saya nyatakan disini, kemerahan itu bukan lah disebabkan tangisan. Tetapi kerana selsema yang saya hadapi sejak semalamnya. Diulangi, SELSEMA. Maka saya selalu meletakkan tisu dihidung untuk membersihkannya, dan oleh kerana mungkin agak kuat mengelap, maka kemerahan pun terselah.Huhuhu..

Itu tidak penting. Apa yang penting..(kerjasama!) iktibar dari apa yang saya dapat. Ternyata, kehidupan tidaklah seindah yang disangka. Tidaklah panjang dari apa yang dijangka. Setiap kehidupan itu pasti diakhiri dengan kematian. Kematian yang hakiki sehingga dibangkitkan semula di Padang Masyar kelak..Seperti lilin itu cepat mencair, seperti itulah hayat kita. Kematian menjemput kita disetiap saat sebenarnya. Jika Allah meredhai kematian itu menjemput kita, maka akan datanglah malaikat maut mencabut nyawa..Hargailah setiap apa yang ada dihadapan kita, kasih sayang, ibubapa, keluarga, guru2, rakan2, ilmu, alam sekitar dan segalanya selagi kita bernafas dimuka bumi Allah ini.

Ternyata kehidupan duniawi hanya pinjaman. Tiada yang kekal melainkan diakhirat sana…Sama2 lah kita merubah diri kearah kebaikan demi mendapat syafaat diakhirat kelak. Insya-Allah..

Kutukan Berisi Dosa

26 Mar

Madah kali ini, ingin saya kongsikan bersama anda mengenai sifat manusia yang saya temui pada hari ini. Manusia berbagai sifat yang sukar kita jangkakan. Sifat selalu dikaitkan dengan sikap. Jika elok sikapnya, maka eloklah sifatnya. Mungkinkah begitu?

Hari ini kemarahan saya telah berjaya dicungkil oleh salah seorang hamba Allah yang saya sedikit pun tidak mahu ingat mengenainya. Sikap suka marah. Cuba anda nyatakan kepada saya, manusia mana yang tidak mempunyai nafsu marah? Sempurnakah manusia itu jika tiada sikap marah?Tetapi apa yang saya pasti, sikap suka megutuk memang terkenal dalam diri manusia.

Saya tidak tahu dimana kesilapan saya. Tergerak rasa dihati petang tadi untuk melihat buletin yang diposkan di salah satu aplikasi dunia maya. Mula-mula, tiada apa yang menyebabkan darah saya naik. Tetapi apabila saya membaca satu buletin yang bertajuk ‘Demn It!!’, hati saya tertarik untuk membacanya. Di hati, tiada keraguan untuk saya membuat apa-apa spekulasi terhadap tajuk buletin itu. Niat adalah untuk membacanya sahaja.

Namun, hati saya diuji ketika membaca buletin itu. Rupa-rupanya buletin itu dipos oleh pengkaryanya menyatakan rasa tidak puas hati kepada saya. Tersentak! Hati saya mula panas. Berbagai rasa ketika itu. Mahu menjerit pun ada. Kenapa pengkarya itu tidak berpuas hati dengan saya??

Isi buletin itu habis di baca saya. Rupanya, si pengkarya itu bengang dengan buletin yang saya pos beberapa hari lalu yang menyentuh perkara berkenaan perlawanan bola EPL. Ya, memang saya ada poskan buletin mengenai perlawanan Manchaster United VS Liverpool tempoh hari. Saya tidaklah mengutuk kaw-kaw kepada pihak yang gila akan MU. Saya hanya menulis sekadar untuk bahan hiburan. Memang tidak dinafikan, saya memang meihak kepada Liverpool. Memang saya ada nyatakan beberapa baris ayat yang agak ‘kerek’. Tetapi itu tidaklah dengan sebarang niat untuk menyinggung perasaan penyokong pihak lawan.

Saya hanya utuskan ayat-ayat yang saya sendiri dengar ketika melihat perlawanan itu. Dan saya poskan buletin itu untuk teman-teman saya yang lain.Bukan dia.Nama  pun dunia bola, seseorang itu mesti mempunyai 1 favourite team.Normal jika kutukan diberikan ke atas pasukan bola yang tidak diminati.Kenapa si pengkarya itu mahu melenting tidak semena-mena kepada saya? Bukannya saya melihat perlawanan bola itu bersamanya. Saya sendiri nyatakan, saya TIDAK HINGIN langsung untuk menonton perlawanan bola jika disogokkan dengan wang sekalipun untuk menonton bersamanya.

Anda siapa mahu tiba-tiba mahu meletup seperti volcano kepada saya?Jika tidak puas hati sekalipun, janganlah mengutuk saya dibelakang. Apa barang bhai!! Kalau anda betul peminat setia MU anda itu, kenapa tidak text message saja kepada saya dan nyatakan tidak puas hati anda kepada saya. Mengapa mahu mengutuk belakang-belakang?Ah!Manusia..memang macam ini.

Lantas saya mencapai terus handphone saya di hadapan mata. Setelah sekian lama saya tidak text message kepada hamba Allah itu, saat itu saya terpaksa ‘bazirkan’ kredit. Hati saya panas. Kemarahan meluap-luap. Ini kelemahan saya tika itu; marah. Tapi jika anda berada di tempat saya, rasanya anda juga tidak dapat menahan perasaan marah itu. Saya memberi salam, lalu nyatakan ketidakpuasan hati saya mengenai buletinnya yang mengutuk-ngutuk saya dan perasaan tidak puas hatinya. Saya katakan kepadanya, kalau memang tidak suka saya, benci dengan saya, nak kutuk saya, tidak perlulah kecut seperti plastik yang terbakar dalam api dengan mengutuk saya di belakang?Sudahlah anda lelaki. Huh…

Saya nyatakan lagi, jangan ingat bahawa saya tidak mengetahui segala kutukan yang dia buat terhadap saya. Selama ini, saya hanya berdiam diri.Membisu. Tidak ambil pusing mahupun ada hati mahu mencakna sifat ‘bodoh’nya itu. Tetapi apabila si hamba Allah ini nyatakan dalam buletin “Apologize to da others red fan, except Her!!”…mahu saya tidak melenting, “Her” yang dinyatakan itu tidak lain tidak bukan, adalah diri ini. Saya pasti dan saya confirm kerana tiada orang lain yang mengepos mengenai perlawanan bola yang agak ‘panas’ selain saya. Sumpah. Saya poskan buletin itu sekadar hiburan, dan kalo saya ada niat sekalipun untuk mengejek kekalahan MU, tidak terlintas langsung atau TIDAK HINGIN langsung tuju kepada hamba Allah itu.

Mengapa hamba Allah itu perasan? Ya…perasan. Macamlah saya tujukan kepadanya.Jika dia fanatik kepada MU sekalipun, janganlah perasan buletin itu ditujukan kepadanya. Kerana dia bukan sesiapa langsung kepada saya. Malah tidak layak untuk dipanggil kawan. Hamba Allah itu boleh membalas mesej saya dan nyatakan “Okay..i’m sory..ingatkan takde orang terasa pun pasal tu..maafla k..”.Hah!!mahu pecah perut saya tatkala itu. Sorry??Sorry naik lori la kawan.

Mudah hamba Allah itu nyatakan kemaafan. Dia ingat apa? Setelah suka suki mengutuk Liverpool serta dengan diri saya sekali dalam buletin itu, senangnya dia cakap sorry. Sorry anda tidak boleh dipakai. Sekali lagi saya nyatakan, TIDAK BOLEH DIPAKAI!Saya hanya membalas, jika dia hendak membenci saya, hendak mengutuk saya, silakan. Akhirat nanti sendiri mau ingat.Apa yang baran saya semakin menjadi, hamba Allah ini membalas dengan menyatakan, saya yang melenting tidak tentu arah. Hah!Manusia..Salah sendiri, masih menunding kearah lain. Dinyatakan, sayalah yang melenting dan dia sudah meminta maaf..kononnya baiklah tu dengan meminta maaf.

Akhirannya, hati saya sudah rimas dengan ‘ayat manis’ yang hamba Allah ini balas. Maka untuk menjadi segala penutup ‘peperangan’ itu, saya katakan kepada dia; “Atleast melenting much2 better than mengutuk orang kat belakang-belakang.”.Puas hati saya dapat membidas dengan kata-kata yang saya rasakan bijak untuk diri saya.Hamba Allah itu ada membalas mesej itu, tetapi saja saya tidak mahu ambil pedulik. Rasakan..

Pelik.Mengapa sikap manusia sebegini?Tidaklah saya nyatakan saya seorang yang sempura. Tetapi dalam masalah saya, kenapa hamba Allah itu begitu tidak puas hati dengan saya. Hanya saya boleh katakan, dia pengecut!Petang itu, saya terima mesej darinya lagi. Hamba Allah ini meminta maaf sekali lagi kerana telah mengepos buletin yang diposnya. Saya tidak membalas langsung. Jelak rasanya.

Ketidakpuasan hati hamba Allah ini saya tahu akan puncanya. Dia masih lagi berdendam dengan saya, masih lagi mempunyai perasaan benci kepada saya. Semua ini gara-gara peristiwa suatu masa dulu yang saya rasakan tidak perlulah dinyatakan di sini. Cukup sekadar saya memberitahu, hamba Allah ini sendiri yang mengaku tidak mahu mengaku saya ini kawannya. Hanya sebagai seorang kawan pun tidak mahu. Tidak mengapalah. Saya sendiri pun tidak terhengeh mahu berkawan dengan orang yang bodoh sombong. Suka menghukum orang dengan sesuka hati.

Apa yang saya mahu nyatakan hasil dari pengalaman hari ini, manusia tidak akan boleh berubah jika diri sendiri tidak mengubahnya. Kenapa mahu mengutuk manusia lain yang tidak mengacau kehidupan anda? Dan yang penting, manusia ini silalah jangan perasan..Jangan perasan diri bagus, jangan perasan hebat, jangan perasan semua orang suka kita.Itu yang utama.

Kepada hamba Allah itu, saya memberi pesanan. Jangan disebabkan dendam dan benci kamu kepada saya memakan diri kamu sendiri. Ingat, Allah itu adil dalam semua perkara. Juga janganlah mengutuk-ngutuk saya dibelakang kerana saya tahu semua kutukan yang kamu sudah berikan kepada saya selama ini.

Liverpool VS MU

Ber’UZLAH lah…

25 Mar

Ramai yang tidak mengetahui makna di sebalik perkataan uzlah.Andai ada yang mengetahui, tidak semua dari kita. Di sini saya ingin berkongsi ilmu pengtahuan serba sedikit yang di katakan dengan uzlah.

‘Uzlah bermaksud pengasingan diri.Pengasingan diri? Untuk apa ‘uzlah ini di pakai?

Yang saya maksudkan ‘uzlah di sini bukan untuk mengajak anda membuat pengasingan diri dari kehidupan yang anda lalui. Yang saya maksudkan dengan ber‘uzlah di sini adalah ber‘uzlah dari segi bentuk kejahatan, dan keharusan yang berlebihan. Ber‘uzlah seperti ini akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.

Di sini akan saya sentuh mengenai beberapa perkara yang harus saya fikirkan, ‘uzlah itu harus di praktikkan.

Terdapat tabir dalam ‘uzlah untuk menutupi aurat; yakni aurat berupa aurat lisan, kesalahan melangkah, penyimpangan fikiran, dan kecenderungan jiwa yang jahat.

‘Uzlah merupakan hijab yang melindungi nilai kebaikan dan mutiara-mutiara keutamaan dan moral. ‘Uzlah yang terbaik adalah dengan banyak membaca buku. ‘Uzlah juga dapat menambah usia, memberikan kelonggaran ajal, meningkatkan daya konsentrasi, mengembara menuju ketaatan, dan memperdalamkan renungan.

Di dalam ‘uzlah, anda akan dapat menyelami makna-makna, menangkap butiran-butiran nilai, merenungkan tujuan-tujuan hidup, dan membangunkan cara berpandangan dan pemikiran.

Pada saat ber‘uzlah roh berada dalam kegembiraan, hati berada dalam kebahagian terbesar, dan nurani penuh dengan sesuatu yang bermanfaat. Jangan riak pada waktu ber‘uzlah sebab ketika itu tiada yang melihat kita selain Allah. Dan jangan perdengarkan percakapan anda kepada sesama manusia; kerana yang melihat hanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Al-Qadhi Ali bin Abdul Aziz Al-Jurjani:

Tidaklah aku menikmati kelazatan hidup,
hingga diriku ini berada di dalam rumah
duduk bersama tumpukan kitab.
Tidak sesuatu pun yang lebih mulia
daripada ilmu
maka aku tidak menghendaki selainnya.
Hanya orang yang hina
yang selalu ada dalam hiruk-pikuk manusia.
Maka tinggalkan mereka
dan hiduplah mulia sebagai pemimpin.

 Tawadhuk dalam beribadat

 Al-Humaidi Al-Muhaddith berkata:

Pertemuan manusia
tiada manfaat selain memperpanjang untaian kata.
Kurangilah bertemu manusia
kecuali dalam menuntut ilmu
atau melakukan perbaikan
di segala bidang.

Dunia Persinggahan..

24 Mar

Bila Allah memudahkan urusan
Tentu semua menjadi mudah
Yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.
Berapa banyak orang yang tamak
Yang tidak boleh memenuhi keperluannya
Berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
Menjadi menakutkan dan mengerikan
Berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
Dan berapa banyak peristiwa pahit menjadi manis.
Sungguh dunia menipu
Orang kaya boleh jadi fakir
Sedangkan orang fakir dijadikan kaya
Setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
Orang yang hidup dalam kekotoran,
Sedangkan lainnya menjadi suci
Setelah membersihkan kekotorannya..

~Al-Husain bin Mathir Al-Asadi~

Al-Quran Peneman Hidup

Tiada yang kekal dalam dunia ini. Kerana dunia hanya tempat persinggahan. Manusia mulai alpa dan lupa tentang pinjaman semata yang diberikan-Nya. Yang selalu difikirkan akan menjadi hak hakiki. Ah!Fitrah manusia. Dikurniakan akal dan nafsu. Tetapi nafsu selalu menjadi pemandu kepada hati. Hati menjadi hamba kepada bisikan-bisikan kecil..

 

 

Kasih Tiada Memberi…(Final Part #5)

23 Mar

Di alam realiti manusia berdiri, tetapi fantasi menjadi pilihan. Begitulah diri ini. Setia menanti bayang yang muncul dalam kegelapan malam. Meyuluh sesuatu yang sebenarnya sudah terang. Si dia sudah tidak lagi seperti dahulu. Perkhabaran berita sudah tiada lagi. Walau sekadar memberi salam, pasti mendapat jawapan yang tiada bersambut. Aku semakin kecewa…Hati ku kesepian. Mengenang si dia di sana, pasti hati ku bergolak. Memikirkan mengapa si dia jadi sebegitu…

Namun perasaan manusia tidak boleh di paksa. Aku sudah letih..Letih menunggi si dia. Memang dalam hal ini, sekali lagi aku nyatakan aku tidak menyalahinya kerana tidak mengetahui isi hatiku. Tetapi tanda-tanda yang ku berikan, sebenarnya sudah cukup jelas di depan matanya. Inilah masalahnya. Samada si dia mengetahui perasaan hatiku terhadapnya ataupun si dia berpura-pura tidak mengetahui…

Ahhh..!!!Tersangat letih apabila masalah yang melibatkan hati dan perasaan. Kenapalah aku jadi seperti ini. Sebelum ini, tidak pernah pun..mungkin he’s my dream guy yang selama ini aku cari. Betul lah orang cakap, jika kita sudah menjumpai apa yang kita suka, pasti susah untuk memilikinya. Dalam hal aku, bukan sekadar susah untuk memiliki, untuk mendapat perhatiannya juga seperti terpaksa meredah hutan belukar sebelum sampai ke destinasi yang ditujui. Namun, destinasi yang aku tuju kabur….sekabur cermin kereta yang berwap ketika hujan. Pabila dilap, kabur kembali…

Si dia masih lagi menjadi pujaan hati..Walaupun 10 kumbang menyapa hati ini, tidak ku peduli. Setiap hari aku melihat gambarnya tanpa si dia menyedari aku “mencuri” posisi statiknya itu dalam medan karya mayanya. Aku gumbira melihat si dia tersenyum riang, namun ku tahu senyuman itu bukan untuk diri ku. Tidak mengapalah, melihat gambarnya sudah cukup bagiku..Alangkah indahnya jika si dia berdiri realiti sambil tersenyum di hadapan ku….

Aduuiii…kenapalah dengan diri ini. Seolah sudah ‘estacy’ dengan si dia. Asyik-asyik si dia, si dia. Sedarkah dirimu bahawasanya si dia tidak sekalipun menyedari kehadiran mu…Seperti manusia bodoh diri ini…Jika si dia tahu, pasti aku tiada tempat untuk menyorokkan muka ku lagi…(Bengongnye aku ni…!!)

Masa seperti air. Pantas berlalu.Terlalu lama si dia aku menunggu..namun tiada jua kelibat harapan itu muncul. Letih! Aku letih!..Sehinggalah suatu hari, si dia online kembali. AKu seperti biasa mula menegurnya. Hati kembali ceria dan berbunga pabila si dia menjawab sapaan ku. Lagak ku seperti biasa. Tidaklah menunjukkan ke‘excited’an aku itu walaupun di dalam hati melonjak girang. Namun, hatiku mula berubah pabila si dia seperti acuh tidak acuh menjawab pertanyaan ku…10 patah perkataan aku bertanya, hanya satu atau 2 sahaja yang dibalasnya….mengapa si dia sebegitu..Aku seperti mahu menangis..

Hatiku merintih sendirian.. hatiku terasa sakit seperti ada duri tajam yang menusuk..mengapa si dia tidak seperti dahulu lagi..Aku malu sendiri. Malu kerana aku sahaja yang teruja untuk mengetahui halnya..sedangkan si dia mahu layan tidak layan sahaja..Aku sudah letih. Sudah penat. Jika selama ini aku menunjukkan tanda suka ku kepadanya, mungkin ini jawapan kepada persoalan ku selama ini…Mungkin si dia sengaja memberi tanda itu untuk menjawab persoalan-persoalan ku…

Kini, aku terima..aku mengerti..aku jelas dengan bukti-bukti yang di tunjukkan si dia..Hati ku runtun…Berbagai rasa dalam satu masa..Kekecewaan telah melambai menyambut aku sebenarnya. Dari awal kisah ku dengan si dia.. Cuma aku yang masih teguh dalam fantasi ku sendiri. Kini..fantasi itu sudah ada jawapannya di alam realiti. Perasaan si dia tidak dapat ku paksa… Aku sudah letih.Letih sangat…..Aku letih menunggu si dia.. Biarlah akhirannya aku melepaskan si dia tanpa si dia mengetahui akan perasaan aku terhadapnya…biarlah si dia tidak mengetahui kewujudan perasaan ku terhadapnya…biarlah..biarlah semuanya berlalu…

Aku malu..malu dengan diriku sendiri..memendam sebuah perasaan yang diciptakan sendiri..Salah diriku sendiri. Menunggu sesuatu yang tidak pasti. Memberi salam yang pasti tiada jawab dan yang pasti, aku rebah jua bersama perasaan ku yang luhur ini…Benarlah kata orang, menyintai tidak bererti memiliki..Aku relakan si dia kabur di hati ini. Aku tidak mahu terus menunggunya lagi…aku jua sudah tidak mahu menghubunginya lagi…aku tidak mahu dikatakan perigi mencari timba….Biarlah segalanya berlalu…keranaku tahu…KASIH darinya, TIADA MEMBERI…….

Berkecai hati terhempas tak bersambut

sendiriku pungut cebis derainya..

Bersama raga nan hampa melara

Ku hanyut terbiar dalam gelora

Ingin benar ku jd milikmu

Hingga akhir masa kita bersama

Namun mimpi dan hakikat berlaga

Nurani ku jua jadi mangsanya…

Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh

Mencari teduh di sudut gelap mentari

Merawat kembali serpihan hati

Digelap mentari..

Hanya kau yang lebih tahu mahu mu

Perasaan mu tak bisa ku paksa

Keputusan mu yang pedih menyiksa

Hanya mampu ku berdiam terima

Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh

Mencari teduh di sudut gelap mentari

Merawat serpihan hati..

Tiada… ruang redup teduh buatku

Menghuni tanpa ada bayangmu

melingkari hidupku

Sungguhku menyintai dirimu

Namun hatimu tak bisa ku paksa

Keputusan yang terlalu menyiksa

Hanya mampu ku berdiam terima…

Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh

Mencari teduh di sudut gelap mentari

Merawat kembali serpihan hati

Digelap mentari…

**********THE END**********

Kasih Tiada Memberi…(Part 4)

22 Mar

Namun, setakat mana kesabaran seorang manusia itu..Bukan aku nyatakan bahawa aku manusia yang gelojoh, yang tidak kenal erti kesabaran. Namun apabila terlalu lama, kebosanan pasti melanda. Ada jua aku cuba membuka ruang di sudut hati ini kepada kumbang lain. Tapi…ahhh..susah.Mereka hanya rakan-rakan dan sahabat aku sahaja.Tidak lebih dari itu. Seperti pepatah Melayu, kawan biar beribu, berkasih biar satu.

Ya, memang kasih biar satu. Tetapi kekasih yang satu itulah yang sukar untuk di cari. Kenapalah dengan aku..mengapa mengharap si dia lagi..Mengapa menanti jawapan yang tak pasti..Mengapa menunggu buah yang tidak gugur..Mengapa bagai menanti bulan untuk jatuh ke riba..Tetapi hati ini masih cekal untuk menunggu si dia lagi. Aku jua tidak mengerti akan diri ini, mengapa begitu meminati dirinya..

***************************************************************************

Aku masih lagi menunggu balasan email darinya. Kini, tiap-tiap hari aku menunggu, menunggu dan terus menunggu..Aku juga semakin kerap online. Semata-mata untuk melihat si dia ada atau tidak. Aku kerap juga memberi offline message kepadanya. Bertanyakan khabar, meminta untuk menjaga diri. Dalam fikiranku, manalah tahu jika si dia tidak membuka email, sebab itulah si dia tidak membalas email ku. (Bagusnye aku!Asek pikir +ve je..huhu)

Namun balasan yang aku harapkan tiada jua berlaku..(Frust disitu!)Aku sudah tiada daya, tiada cara lagi untuk menghubunginya..Apakah si dia bosan dengan kiriman email-email ku, ofline-ofline message di YM?Argghhh…!!Aku mula membuat spekulasi aku sendiri. Mungkin si dia sudah jelak dengan kiriman-kiriman itu. Aku mula terdiam…

Bukti semakin kukuh apabila pada suatu hari, si dia online. Maka aku dengan terujanya terus menegurnya. Menunggu dengan kesabaran, tiada jua balasan…Aku kecewa di situ. Sudah terang lagi bercahaya, si dia malas hendak melayani teguran ku. Hatiku seperti mahu menangis. Menangis kecewa..Mengapa si dia tiada memberi balasan..Hati ku merintih sendirian..Tidakkah si dia perasan akan kewujudan diri ini..

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tetapi tuah ku dengan si dia sudah jelas sekarang. Mustahil untuk aku memilikinya. Hanya aku yang ternanti-nanti si dia. Mengharap si dia sedar akan kehadiran diri ini. Walaupun aku sudah menunjukkan beberapa daya usaha yang jelas untuk membuat si dia tahu akan perasaan ku, namun si dia masih tidak  memberi tindak balas yang +ve.

Fikiranku melayang. Mencari jawapan kepada sesuatu yang tidak pasti. Adakah si dia sudah punya yang lain? Jika tidak berpunya lagi, mungkin jua si dia dalam situasi yang sama seperti aku..Meminati tetapi pihak itu tidak mengetahui. Mungkin ya..mungkin tidak. Atau si dia jenis yang tidak mahu terjebak di alam ‘bahaya’ itu. Suatu ketika dahulu, si dia pernah memberitahu, si dia seperti takut untuk terjebak di alam percintaan kerana si dia pernah dikecewakan suatu masa ketika dahulu..

Andai si dia dapat aku miliki, akan ku jaga perasaan dan hatinya lebih dari aku menjaga perasaan dan hatiku sendiri. Kerana diriku pencinta yang setia (eee…poyo nye ayat.geli2!!). Jika aku sudah mula sayang sesorang, sayang itu hanya miliknya seorang sahaja. Tetapi sayang yang aku sediakan untuk si dia tidak bersambut, salam tidak berjawab…Penatnya menyintai dan meminati seseorang yang tidak mengetahui perasaan ini….Letih, seolah mahu surrender sahaja….

***To Be Continued***

P/S: Cinta itu tidak beerti memiliki….

Kasih Tiada Memberi… (Part 3)

21 Mar

Aku jua tidak mengerti kenapa si dia yang harus aku nantikan. Sedangkan boleh saja aku memilih kumbang-kumbang di sini. Namun jika hati sudah berkenan, yang di depan mata sudah tiada guna. Namun aku pertahankan perasaan ku itu supaya tidak bergolak menjadi perasaan yang melampau. Arghhh…Benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan..

Masih jua aku menunggu hari demi hari balasan email darinya, kemunculannya di YM serta sering juga aku mengunjungi halaman karya mayanya. Aku seronok membaca karya-karyanya kerana si dia menceritakan pengalaman beliau di sana. Bagi ku, sudah cukup mengetahui keadaaannya di sana berpandukan nukilannya. Boleh dikatakan, aku jua menunggu nukilan-nukilan barunya.

Tetapi aku bukanlah seorang wanita yang kemaruk terhadap cinta. Cinta bagiku bukan segalanya. Bagi ku yang penting adalah kesetiaan. Kemudian jika kesetiaan itu benar-benar utuh, barulah cinta sejati akan muncul. Namun adakah cinta sejati untuk insan seperti aku ini? Aku jua tidak pernah terlintas memikirkan hal itu sebelum ini…Adakah manusia sekarang mengerti akan maksud kesetiaan dan cinta?Adakah manusia ada mencapai tahap dewa dalam kesabaran?Adakah?

Rakan-rakan ku sering berkata kepada ku..”Ko ni tanak ade pakwe ke??”..Soalan itulah yang aku sebenarnya ingin menjawab secara terus terang dengan jawapannya YA. Tetapi keadaan telah memaksa ku untuk menafikannya. Aku hanya mampu untuk menyatakan aku rimas, malas, bosan serta segala seangkatannya. Satu penipuan. Penipuan yang aku sendiri cipta di alam realiti yang sebenarnya adalah fantasi. Adakah aku masih belum bersedia? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak.Entahlah.. simpulan yang teramat sukar untuk aku rungkaikan.

Dalam hati ku sering berkata, jika aku mahukan pasangan, aku mahu si dia. Ya, si dia. Tapi apa daya jika hanya di hati berkata, tetapi mulut sering menutup bicara. Bagaimana harus aku membuat si dia sedar akan kehadiran aku sedangkan si dia tidak mengetahui apa-apa mengenai ku kecuali sebagai seorang kawan? Kawan itu pun hanyalah kawan yang jauh, kawan yang tidak pernah melebihi segalanya. Kawan semata-mata. Mana mungkin si dia mengetahui perasaan ku kerana kami hanya kenal secara tidak formal. Di ulangi, kawan semata-mata. (Kawan jarak jauhlah senang citer!)

Hmmm….Seolah seperti aku yang syok sendiri(Agakla!). Aku sedikit pun tidak marah kepada si dia kerana tidak mengetahui perasaan ku kerana sememangnya, agak pelik jika si dia tahu aku meminatinya. Mana tidaknya, kenal pun tidak kenal sangat, mahu bertanya khabar juga jarang sekali. Aku sendiri yang mencipta harapan, aku sendiri yang menunggu jawapan. Arghh..manusia apa ini..Letih. Jika aku ada kuasa sakti, mahu sahaja aku bunuh perasaan minat ini..namun aku insan lemah. Yang pasti tidak akan pernah terlepas dari masalah jiwa & perasaan.

Semakin lama..aku semakin letih menunggu..Namun aku kuatkan perasaan aku, percaya bahawa kuasa setia itu mampu merubah segalanya…

***To Be Continued***

P/S:Patient to wait..

Kasih Tiada Memberi…(Part 2)

20 Mar

Walaupun rakan sekelas ku hanya mempunyai 4 orang pelajar lelaki, namum kekuatan wanita masih terselah kerana pelajar perempuan adalah 14 orang.(Tanda lelaki pupus?)Haha..sangat kesiankan mereka. Pada semester 1, kami tidaklah rapat seperti semester 2.Mungkin di semester 2, kami sudah merasai kekuatan ikatan di antara kami sendiri. Pada semester 1, aku dengan sukacitanya diterima menjadi Kapten Pasukan untuk bola keranjang KMJ. Wawawa…tanggungjawab yang agak besar untuk memastikan team aku berjaya di KAKOM.(dapat no 3!)

Di matrikulasi, tidak terlintas sedikit pun untuk aku memikirkan hal lelaki. Tidak ada sekelumit pun perasaan aku untuk bertandang ke alam yang dikatakan cinta monyet itu. Bagi ku, alam cinta alam bahaya.Sebelum itu aku sudah pernah merasa pedih azabnnya. Demikian telah menyebabkan aku menyempitkan pemikiran untuk memikirkan hal seperti itu.

Si dia. Tidaklah aku kenali di matrikulasi. Tidaklah pernah jua aku melihat rupa wajah realitinya di hadapan mata. Namun peristiwa mengecheck friendster bersama seorang rakan karibku di kelas telah merubah segalanya. Ah!Dunia teknologi kini tidak membataskan apa-apa lagi. Yang jauh kelihatan dekat sahaja di depan mata. Aku hanya bertanya siapa si dia. Maka rakanku menjelaskan, si dia adalah bekas rakan sekolahnya. Aku hanya tersenyum..namun dalam hatiku tiada apa-apa perasaan. Mati di situ sahaja. Tiada rasa. Sekadar bertanya.

********************************************************************

Lanjutan perhubungan si dia bermula apabila aku melihat friendsternya. Friendster. Satu ‘khayalan’ yang menjadi kegilaan ramai masa kini. Seperti wajib memiliki akaunnya. Namun itulah yang menjadi punca segala aku berkenalan dengannya. Tetapi berkenalan hanya atas dasar KAWAN. Tidak melibatkan apa-apa. Kami senang bercerita pengalaman kami, berkongsi pendapat dan idea. Sungguh selesa berkawan dengannya. Mungkin dia juga rasakan yang sama.( Tak taulah kalau si dia buat-buat selesa!)

Setelah agak lama berhubung (hanya melalui talian internet), si dia sedikit demi sedikit seperti menjauhkan diri dari ku. Pada awalnya, aku tidak kisah kerana memahami kesibukannya sebagai seorang pelajar di sana. Aku mengerti kerana aku jua seorang pelajar di sini. Kejauhan dirinya dari menghubungi aku tidak aku ambil peduli sangat. Tiada perasaan. Tiada jiwa, tiada rasa.

Ada jua aku menunggu si dia online di YM. Namun dalam hati masih tidak mengharap apa-apa. Jika aku kebosanan dan tangan ku jua rajin bersenam, maka aku hasilkan bunyi ketukan di papan kekunci menaip kabar berita untuk si dia. Namun di hati masih jua tidak mengharapkan apa-apa.

Sehinggalah pada suatu ketika yang aku tidak ketahui, perasaan yang aku cuba halang tatkala dulu semacam hadir. (Kureng btol!) Bagai mesin bersama enjin yang ligat bekerja, begitulah otak ku memikirkan mengapa harus si dia yang aku harapkan. Arghhh…..Letih sungguh apabila berada dalam alam ini. Namun manusia tidak boleh menolak fitrahnya sendiri. Kalau tiada perasaan, maka bukan manusia namanya.

Si dia ada juga membalas emailku. Tapi hanya boleh dibilang dengan jari sahaja berbanding dengan email yang ku hantar yang boleh dikira dengan kalkulator(Tidaklah banyak sangat sebenarnya). Namun setiap patah perkataan dalam balasannya itu sudah cukup menggembirakan hati ku. Mana tidaknya, lama menunggu, lama menanti. On da spot jua aku membalas emailnya. Di hati, tidak mahu si dia tertunggu-tunggu balasan dariku(Macamlah si dia tunggu pun!)..

***To Be Continued***

P/S: Get ready for something important this evening..!!Wish me LUCK.=)

Kasih Tiada Memberi.. (Part 1)

19 Mar

Hati dan perasaan. 2 entiti besar dalam kehidupan yang tidak boleh dirungkaikan menjadi satu makna yang semua insan di dunia ini mengerti. Mengapa manusia ada perasaan? Mengapa manusia ada hati? Semuanya nikmat yang kehidupan yang di berikan Tuhan.

Namun mengapa kurniaan itu selalu aku tidak mendapat kepuasan. Kepuasan bagaimana yang aku inginkan?Ya, seperti juga insan-insan lain, aku juga mahu disayangai, di cintai, dikasihi. Manusia mana yang tidak mahu perhatian, kasih, sayang  dan seumpanya. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan walaupun tanpa akal mahu di sayangi. Apatah lagi manusia…

Hari ini, aku masih lagi menjalankan rutin harian seperti biasa. Selepas selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang Muslim, aku terus menelaah ilmu yang semakin banyak aku pelajari. Menjadi seorang mahasiswi disalah sebuah Universiti tempatan, semakin banyak tugas dan cabaran yang perlu aku lalui. Namun, tidak dinafikan kemalasan tetap melanda diri walau serajin mana manusia itu. Aku tidak membuat spekulasi berdasarkan teori semata-mata kerana sudah cukup bukti di depan mata setiap hari. Ada sahaja manusia yang pasti menyebut perkataan malas setiap hari. Cuba bagitahu aku jika ada manusia kini yang tidak pernah merasa malas. Mahu aku menuntut ilmu rajin darinya.

“You got 1 new message”.

Aku terus membaca mesej yang aku terima dari Alya. Yahoo!!Kelas pada pukul 10.00 pagi nanti dibatalkan.Tengok, kelas batal pun aku gembira.Aiiyoo…Apa ini budak. Tapi bagus juga kelas itu batal, kerana aku mahu menyiapkan tugasan-tugasan yang aku masih belum selesaikan.

Setelah 1 jam setengah menelaah, aku sudah kebosanan. Aku adalah manusia jenis yang tidak boleh bertahan lama belajar. Cukup 1-2 jam sehaja. Lepas tu, konpem otak aku takkan dapat terima apa2 lagi. Maka aku pun mulalah mencari akal untuk membuat apa seterusnya. Check email! Ya..Check email. Manalah tahu kalau-kalau menerima email dari si dia.

Si dia?..tapi aku tidak mahu berharap. Kerana sudah banyak kali aku berharap mendapat balasan email darinya, namun tiada jua. Tapi, tak mengapalah! Aku mahu check saja. Tidak semestinya check email untuk melihat email dari si dia sahaja.(Tapi dalam hati masih berharap!)

Sudahlah wireless di kolej aku ini lembab, lambat serta..arghh..malas nak cakap lagi. Mana yang seangkatan, itulah wireless di sini. Tapi kadang tu, okay juga. Menunggu dengan sabar, akhirnya terpampang lah semua email-email dalam inbox aku. Mataku terus melihat nama sender. ..hmmm…sudah dijangkakan. Tiada email dari si dia. (Frust!)

Aku terus landing di atas katil sambil memeluk teddy bucuk aku yang tak pernah di basuh itu.(Hahaha!) Dalam kotak fikiran, aku ligat memikirkan mengapa si dia tidak membalas email aku. Sudah berbulan aku menunggu, namun tiada juga. Ah!Malas mahu membuat spekulasi yang tidak baik, aku +ve kan fikiran ku. Si dia sibuk, banyak aktiviti mungkin. Tidak mengapalah..aku juga tidak mahu berharap terlalu lebih untuk si dia membalas email aku dengan cepat.(Tipu!Padahal berharap gila!)

*********************************************************

Tahun 2006. Aku diterima untuk masuk ke salah sebuah Matrikulasi di selatan tanah air. Di situlah aku mula mengenal dunia sebenar dan pengalaman belajar bersama-sama lelaki.(Ciannn!!) Selama 5 tahun berada di alam sekolah menengah, aku hanya dikelilingi dengan kaum Hawa. Namun itu sedikit pun tidak membuat aku kecewa kerana, girl’s school is rock bebeh!!!Ramai yang mengatakan, sesiapa yang bersekolah 1 gender sahaja, pasti akan culture shock. Tapi itu tidak benar pada diri ini kerana aku berjaya manage diri ku apabila berhadapan dengan lelaki.

Tidaklah kekok mana. Tidaklah janggal mana. Seperti biasa aku meneruskan kehidupan. Cuma aku agak sedikit jelak dengan perangai lelaki-lelaki ini. Ada yang tunjuk macho, lagak handsome, dan ada saje yang nak cari pasal. Tapi aku butakan mata, pekakkan telinga sahaja kerana bagi aku, selagi mereka tidak kacau kehidupan aku, selagi itu kehidupan mereka tidak akan tunggang langgang.(Heheh..tanduk2!!)

****To Be Continued****

P/S: Works are waiting for me. Chow!

Wasting Time With ‘PotPeting’.!!!

18 Mar

Hi everyone. Today i have class at 11.00 am. Now, 9.49 a.m. Aiyark..!!So lazy lor..feel so damn lazy to go to the class. But can’t escape. Coz i’d promised to my self, KENE JADI RAJIN!!!!

Hurrm…last nite, did nothing..wasting my time with ‘potpeting’ with my rummet and osmets. Huhu..aiyoo..ape nak jadi ni ain. Got many stories yang sesetengah tu tak sangke wujud cite mcm tu gak!hoho…Dunno lah..Just accept.

Hmm..i think i wanna start to create a cerpen. Tak taw la nape..just sekadar suke suki tulis. Still in progress nak cari tajuk yg seswai. Haa..Cinta Untuk Ain!!!Hahaha..same as the drama in TV3.Cet!!Tajuk tu jugak terpikir..lain2!!

~Thinking….~

Aiyark!Better get myself ready dulu lor..jap agi nak gi kelas.

 

Later i tell u k!!hehehe..Daa~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.