Untuk seorang aku yang baru menceburi dunia bekerja ini, terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi. dan aku berani kata bukan aku seorang sahaja yang akan mengalami pengalaman ni. Semua orang. Ya semua orang yang mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Kitaran hidup manusia secara basicnya adalah sama. Tak percaya? Mari kita lihat.

Haaa..??? Betul tak? Ke ada yang tak sama?
Sekarang stage aku pada kerja. Kalau kita tengok kitaran kat atas, kerja itu terletak pada stage yang ke- 4 dan cuba lihat stage yang terakhir- iaitu mati, stage ke -8.
Means, alam pekerjaan berada di tengah-tengah di antara awal kehidupan dan kematian. Tapi kita tak boleh kata kematian itu akan berlaku selepas alam tua seperti kitaran di atas. Sebab kematian itu kerja Tuhan, bila-bila masa sahaja nyawa kita diambil mengikut kehendak-Nya.
*jadi mungkin boleh letak kematian itu disetiap stage kan?*
Tapi seperti yang aku cakap awal-awal tadi, itu adalah kitaran hidup manusia yang basic.
Alam pekerjaan adalah alam yang paling tough sekali kerana dari situlah kita wajib ada matlamat yang serius dalam hidup dan mesti mencapainya kerana segala-galanya telah berada di atas bahu kita sendiri. Sudah tidak lagi mengharapkan duit mak ayah, tidak lagi bergoyang kaki malah kita pula yang perlu membantu mak ayah dan keluarga.
Bukan kata sebelum masuk alam pekerjaan kita tak perlu ada matlamat yang serius, tapi selalunya alam belajar-student, kita tak fikirkan sangat hal-hal dunia sebenar kerana time tu kita sibuk dengan belajar dan pastinya bergembira dan enjoy dengan kawan-kawan. dan pada pandangan aku, time tu kita sememangnya tak tahu apa yang jadi kat real-world. tahu nak enjoy je.
Maaflah kalo ade yang tak setuju tapi ni pada pandangan aku lah. Memang lately ni aku suka cakap pasal dunia kerja sebab sekarang aku tengah mengalami. Tak apelah kan kalo kita nak bagi pandangan or bercakap pasal ni walaupun newbie. Tak salah pun aku rasa. Kot-kot la boleh share experience dengan sesiapa yang sama level dengan aku sekarang.
Bila dah masuk alam pekerjaan ni, sedikit sebanyak kita takde life. Maksud aku takde life kat sini, everyday u will do the same routine & takkan sempat nak buat apa yang kita selalu buat dulu-dulu time belajar. Bukanlah tak sempat nak buat langsung, tapi kena cari waktu yang betul2 sesuai dan kita kena pandai-pandai arrange.
Meh kita buat calculation sikit kat sini.

Haaa…nampak tak kat situ?
66.67% masa siang kita kita akan dedicate kat kerja je. dan kita cuma ada 33.33% je untuk diri kita termasuk masa nak pergi kerja, masa nak balik kerja. Campur dengan pergi ngan nak balik kerja jem lagi, dah abeh mase kat situ je.
Itu kalau betul-betul spend masa 8 jam bekerja. Kalau selalu balik lambat kerja berlambak (macam aku la T_T), OT lagi semua? Nampak tak kat situ betapa masa sangatlah berharga dan cepat berlalu dengan membazirnya kalo kita tak pandai guna.
Pastuh malam pulak, kompem2 paling kurang 6 jam kita akan abiskan masa untuk tidur. Yelah dah kerja seharian 8 jam or lebih, nak kena re-charge dalam masa 6 jam tu. Tu kalo betul2 tido dalam masa 6 jam, kalo 4 jam je sebab kena sambung kerja kat rumah??(macam aku lagi T_T).
Yang aku cakap kat atas tu secara pukul rata lah tu. Tak boleh nak kata semua orang sama sebab lain orang, lain pulak cara, lain masa kerja dan lain lah jugak cara nak manage masa. Cuba kita fikir pulak kalo dalam satu hari orang tu buat 2 kerja? Contoh macam siang jadi lecturer, malam jadi cikgu tusyen?? (merujuk kepada teeeetttt!! :p)
Kadang-kadang kita boleh rasa 24 jam yang Allah bagi tu tak cukup. Serius. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jadi, tugas kita lah pulak macamana nak guna 24jam tu dengan sebaik-baiknya.
Dulu zaman belajar, bila aktiviti banyak, kena manage itu ini, kena siapkan assignment dan segala bagai, dah rasa nak mengamuk, dah rasa serabut, dah rasa nak balik rumah je kejenya sebab tanak serabut-serabut dengan student life masa tu. Bila dah balik, rasa serabut semua hilang, skip kelas pun boleh buat dengan suka sukinya. Lagi seronok bila cuti mid-semester. Paling kurang pun seminggu cuti. Tu baru mid-sem, belum semester break, dekat 2 bulan cuti.
Tapi ampun ye kawan-kawan, bila dah kerja, kirim salam je la kau nak rasa semua tu. Kau nak amik cuti sehari pun kau akan pikir lapan-puloh-enam-belas-kali. Nak amik MC pun pikir dua-tiga kali, bukan suka suki boleh amik sijil sakit tu sebab kepala otak akan pikirkan kerja yang kat opis tu siapa yang nak setelkan. Tapi kalau dah sakit, MC je lah. Boss pun bukan kuku besi sangat.
Tapi tu lah, dah lumrah. kalau dah kerja, kepala otak 50% akan pikirkan itu je. Sabtu Ahad pun kadang-kadang kena kerja. So, nak hoye-hoye tu sangatlah limit masanya.
Bukan apa, bila dah kerja, tanggungjawab semakin besar. Tanggungjawab pada mak ayah, keluarga, kerja, networking, dan pada kita sendiri. Bila dah ada income sendiri, macam-macam hendak. yelah, dulu zaman belajar mengharap kat duit pinjaman, mak ayah or scholar je. Tapi time tu, dah rasa heaven dah pasal ada duit walhal duit orang bukan duit sendiri.
Tanggungjawab nak manage duit kita sendiri pun semakin besar tiap kali ujung bulan. Seminggu terakhir tiap bulan tu, kompom rasa macam hari-hari je nak check akaun bank . Hahahah! siape tak buat macam tu, aku respek la. Aku malu nak gi check kat ATM. Aku check kat online je dah la. :p *tapi orang lain kayo ujung bulan, aku kayo awal bulan, lambat!!!*
Opkos lah kena simpan duit itu untuk kegunaan masa hadapan terutamanya duit nak kawin. Betul weyh! tak tipu ni. Siapa tanak kawin??? Memang hangitlah ketiak orang tu sebab takde napsu nak kawin.
Kalau yag kaya raya family boleh support korang kawin dengan free takpe. Ni kalau yang hidup sederhana & susah sikit, nak tanak kena amik masa lah kumpul duit. Kalau gaji belas-belas riban sebulan takpe, ni kalau gaji cukup2 makan je, tengah-tengah bulan poket dah kempis camno??
Eh, eh! tetibe masuk hal duit ngan kawin plak. heeee…
Tapi betul, this is what we call : LUMRAH KEHIDUPAN.
Kalau nak cakap pasal tanggungjawab, memang takkan habis. Tapi inilah yang kita akan alami bila dah masuk alam pekerjaan. Kalau dulu zaman belajar dah rasa serabut, masuk alam kerja lagi banyak benda serabut & perkara untuk difikirkan sebenarnya.
Jadi, kepada kawan-kawan, adik-adik yang masih lagi belajar dan rasa stress amat kat U, janganlah pikir itu yang paling serabut. sebab zaman belajar adalah zaman yang paling enjoy sekali!! & time tu kita tak tahu ape itu REAL WORLD actually….
Apa-apa pun, kitaran hidup kit ini sebenarnya adalah anugerah dari ALLAH untuk kita menjadi hambanya yang pandai mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat
P/S: semua diatas adalah pandangan dari saya sendiri. maaf kalau ada yang tak setuju, sila buat entri sendiri ye! :p
Manusia Berkomen